TRENDING NOW

Berita Harian Terkini Sinar Harian Metro Malaysiakini Latest Malaysia Breaking News





Melalui video yang dimuat naik dalam laman Youtube, pramugara tersebut menjadi buah mulut netizen selepas mempamerkan kemahiran membuat teh tarik.

Berdasarkan video itu, agak-agaknya berapa ramai yang rasa terliur dan mahu menikmati teh tarik yang disediakan oleh pramugara tersebut?

Seorang netizen berkata, "Satu layanan VIP yang sangat istiewa diberikan oleh pramugara. Saya menikmati teh tarik dalam kapal terbang dengan ketinggian 30,000 kaki!"

Ada juga yang berkata, "Macam tu punya tarik, semua pun tertarik nak minum teh tarik."

Ada juga pihak yang mempersoalkan mengenai isu keselamatan bila aksi 'tarik-menarik' minuman panas dilakukan dalam pesawat sedemikian.